KENYATAAN AKHBAR OLEH AZLAN MOHD LAZIM BAPA
KEPADA
SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN PADA 8 MAC.2013 DI
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum wmth dan Salam
Sejahtera.
Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
1.
Saya
Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang
tidak bertanggung jawab termasuk Khairil
Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah merupakan
dalang kepada semua FITNAH LIWAT yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar
Ibrahim, yang melibatkan anak saya.
2.
Saya amat
kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar
Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.
3.
Malah anak
saya lansung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut
kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui
akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi
mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.
4.
Semua
kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri
telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri
Idrus bersama dengan Khairil Annas Jusoh.
5.
Datuk
Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.
6.
Saya
ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri
Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya,
yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang
memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya
tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
7.
Dengan
ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri
Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita
dan sangsara akibat fitnah ini.
8.
Saya
lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul
maklumat-maklumat samaada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada
saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan.
Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini
apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan bagitu rapi
oleh Khairil Annas Jusoh. Ianya dilakukan dengan bagitu terancang sekali.
9.
Sebagai
seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya
tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang
cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.
10.
Jika niat
jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara
musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk
bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang
dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.
11.
Saya
merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan
marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja
keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah
merestui perjuangan ini.
12.
Marilah
kita juga dokan agar Allah menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke
13 nanti.
Sekian.
Wasalam.
Yang benar,
..................................
AZLAN MOHD
LAZIM
(530809-06-5385)
Bapa Saiful Bukhari mengakui kes liwat kedua sebuah
konspirasi
Oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR, 8 Mac — Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan
tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya
dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi
politik jahat” untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR)
tersebut.
Azlan
Mohd Lazim (gambar), 60, dalam satu sidang media tertutup juga
mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas
di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.
“Ini
adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim
untuk kali kedua,” kata Azlan.
“Saya
memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan
keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,” tambah
beliau.
Azlan
yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini
adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan
dengan rela hati.
Apabila
ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan,
Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi
maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat
kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut.
Saiful's dad apologises to Anwar, claims his son used
The father of Saiful Bukhari has apologised to PKR de facto leader Anwar Ibrahim, claiming that his son had been used by irresponsible quarters including an official of the prime minister to defame Anwar in Sodomy 2.