Sunday 28 April 2013

Meneruskan Momentum Sempena Ulangtahun BERSIH 3.0

P.140 Segamat (13th General Election on May 5, 2013)
46,262 (20,093/43.43% Malays; 21,393/46.24% Chinese; 4,641/10.03% Indians)
Vote for Change, for our children’s future
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Meneruskan Momentum Sempena Ulangtahun BERSIH 3.0

KL112 ... Kemuncak Bangkit Rakyak Bersih

Pada 28 April tahun lalu, lebih daripada 250 ribu rakyat dengan semangat patriotik dari seluruh pelusok negara dan rakyat Malaysia yang berada di merata bandar di seluruh dunia telah bangkit menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 menuntut sebuah pilihanraya yang bersih dan adil.

Himpunan rakyat ini telah menyebabkan kerajaan UMNO-BN terpaksa menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menyiasat pengurusan pilihanraya demi untuk sebuah negara Malaysia yang lebih baik. Namun seperti mana yang telah kita sedia maklum bahawa inisiatif penambahbaikan itu tidak pun memenuhi lapan tuntutan BERSIH sepenuhnya.

Dalam Manifesto peringkat nasional, Pakatan Rakyat berjanji akan melaksanakan kesemua LAPAN tuntutan BERSIH dalam masa 100 hari selepas diberi mandat oleh rakyat.
a)   Kita akan laksanakan Reformasi Pilihanraya
b)  Kita akan laksanakan pendaftaran pengundi secara otomatik
c)   Kita akan laksanakan pembersihan daftar pemilih
Kita akan pastikan suara rakyat didengar dan tidak terpinggir serta segala prinsip demokrasi akan diperkukuhkan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH kepada rakyat Malaysia dan amat menghargai setiap pengundi yang sanggup pulang ke tanahair dari seluruh pelusok dunia demi menunaikan tanggung jawab dalam Pilihanraya kali ini.
Sebenarnya, anda telah pun memilih dengan menggunakan kaki, kini tiba masanya untuk anda memilih dengan menggunakan tangan. Bersama-sama kami dan seluruh rakyat dalam negara ini membuat PERUBAHAN ke arah yang lebih baik untuk semua demi masa depan anak cucu kita agar mereka berasa bangga menjadi seorang anak Malaysia.

Saya juga menggalakkan warganegara yang perihatin agar menasihatkan keluarga atau sahabat mereka yang layak mengundi tetapi masih berada di luar negara dan belum lagi membuat keputusan agar mereka turut sama menyertai proses pilihanraya yang penting pada kali ini. Masih ada seminggu lagi masa untuk mereka menguruskan segala keperluan untuk pulang mengundi.

Pulang segera. Undi dulu. Raikan kemudian...

KEBANGKITAN 28 April 2012 telah menjadi sejarah rakyat, namun saya yakin rakyat Malaysia mampu sekali lagi mencipta sejarah pada 5 May ini...

INI KALI-LAH... UBAH!!! 

DATO’ CHUA JUI MENG 
Naib Presiden dan PPN Johor Parti Keadilan Rakyat, calon Parlimen Segamat, Johor