Monday 22 April 2013

NUBE to picket against Subramaniam



900 Picket Daulat T-Shirts Shakes Maybank and CIMB
J Solomon
(Versi teks Bahasa Malaysia di bawah)
 


Hamidah Naziadin and Nora Manaf, the unethical Heads of HR of CIMB and Maybank have come out in a desperate move to prevent NUBE members from wearing the Picket Daulat T-Shirts. MCBA has also joined in, issuing a circular to member banks.

Nora refers to the dress code. There is no agreement between NUBE and Maybank on Nora’s dress code. NUBE has a collective agreement with MCBA regarding the proper attire for work – “neat and tidy”. Our Picket Daulat T-Shirts are neat and tidy.

Our 10 demands are legitimate demands. Just who are Maybank, CIMB and MCBA to state otherwise? Would CIMB and Maybank next direct MCBA to issue a directive as to who bank employees should vote for in the coming general elections?

Maybank and CIMB rule the CEOs of other banks with an iron fist. The CEOs of other banks are led and directed by Nazir Razak and Wahid. Nazir takes the lead while Wahid serves as his deputy, and sometimes note taker. In the HR fraternity it is obvious that Nora takes the lead and Hamidah serves as her secretary.

MCBA’s circular is clearly dictated by Maybank and CIMB. Other banks have no say and they have informed us that they are tired with having to play along with the agenda of CIMB and Maybank. Hopefully, the CEOs of the other banks of MCBA will pluck the courage to now stand up to CIMB and Maybank and tell them that they are “in the business of banking and not the business of union-busting.”

Members are advised to refer any circular issued by banks to NUBE, or to direct them to properly read our circular, as well as to tell them that it is unlawful for them to bully and intimidate members who are exercising their rights as trade union members.

The management of Maybank and CIMB will fall very soon. We will stand firm we will fight their terrorism. It is only a matter of time before the dynamics shift and Nazir and Wahid will be running helter-skelter to cover their tracks. We can imagine Nora and Hamidah running away from them – changing their tunes to protect themselves!!

Maybank, CIMB and MCBA have been shaken by a mere 900 Picket Daulat T-Shirts. They are now encouraging us to now spread the use of the Picket Daulat T-Shirts. We are receiving an enormous amount of orders for the T-Shirts from members and the public.

************************************************

Maybank dan CIMB rasa tergugat dengan hanya 900 T-Shirt Picket Daulat NUBE - J Solomon

Hamidah Naziadin dan Nora Manaf, Ketua-ketua HR CIMB dan Maybank yang tidak beretika telah bertindak dalam usaha terdesak untuk menghalang ahli-ahli NUBE dari memakai T-Shirt Piket Daulat. MCBA juga telah menyertai mereka dengan mengeluarkan satu surat pekeliling kepada bank-bank anggotanya.

Nora telah merujuk kepada satu kod pakaian. Untuk makluman tidak ada apa-apa perjanjian diantara NUBE dan Maybank berkenaan dengan kod pakaian Nora. NUBE mempunyai perjanjian kolektif dengan MCBA mengenai pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa waktu bekerja iaitu- "kemas dan rapi". T-Shirt Piket Daulat kita adalah kemas dan rapi.

10 tuntutan kita adalah permintaan yang sah. Apa hak Maybank, CIMB dan MCBA untuk menyatakan sebaliknya? Selepas ini adakah CIMB dan Maybank akan mengarahkan MCBA untuk mengeluarkan arahan Kepada pekerja-pekerja bank bagi siapa kita harus mengundi dalam pilihan raya umum akan datang?

Maybank dan CIMB sedang memerintah CEO bank-bank lain dengan kuasa mutlak. CEO bank-bank lain diketuai dan diarahkan oleh Nazir Razak dan Wahid. Nazir mendominasi sebagai Ketua manakala Wahid pulak berfungsi sebagai timbalannya, dan kadang-kadang menjadi pengambil nota untuk Nazir Razak. Dalam bidang Sumber Manusia pula teramat jelas bahawa Nora sedang mendominasi sebagai Ketua manakala Hamidah berkhidmat sebagai setiausaha beliau.

Amat jelas surat pekeliling MCBA adalah diarahkan oleh Maybank dan CIMB. Bank-bank lain tidak berkata apa-apa, Bank-bank lain juga telah memaklumkan kepada kami bahawa mereka bosan diheret bersama ke dalam agenda CIMB dan Maybank. Mudah-mudahan, CEO bank-bank lain yang menjadi anggoa MCBA, kini akan lebih berani untuk bangkit menghadap CIMB dan Maybank dan memberitahu mereka bahawa mereka adalah "dalam perniagaan perbankan dan bukan perniagaan anti-kesatuan."

Ahli-ahli dinasihatkan untuk merujuk mana-mana pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak bank kepada NUBE, atau arahkan pengurus-pengurus bank supaya membaca pekeliling kita dengan teliti, pada masa yang sama sila nasihatkan mereka bahawa tindakan membuli dan menakut-nakutkan ahli-ahli yang hanya menjalankan hak mereka adalah menyalahi undang-undang.

Pengurusan Maybank dan CIMB akan jatuh tidak lama lagi. Kita akan terus berdiri teguh dan kita akan memerangi keganasan mereka. Ia hanya menunggu masa sebelum peralihan dinamik, Nazir dan Wahid akan tergopoh-gapah menutup jejak mereka. Kita boleh bayangkan Nora dan Hamidah melarikan diri daripada mereka – menukar nada mereka untuk melindungi diri mereka sendiri!

Maybank, CIMB dan MCBA telah tergugat dengan hanya 900 T-Shirt Piket Daulat NUBE. Mereka kini merangsangkan dan menggalakkan lagi pemakaian T-Shirt Piket Daulat. Kini kami menerima sejumlah besar tempahan untuk T-shirts daripada ahli-ahli dan orang awam.