Orang Melayu miskin di bawah Umno/BN
| January 31, 2013
Isu Melayu Johor yang paling miskin
ini didedahkan oleh Abdul Razak Ismail, penyelaras PKR Parlimen Pasir Salak
dalam satu program di Kampung Tersusun Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak
Jumaat lalu.
PASIR
SALAK: PKR Pasir Salak menyelar pemimpin Umno/BN kerana menyebabkan
merosotnya taraf ekonomi orang Melayu terutamanya di Johor yang
merupakan ‘kubu kuat’ Umno.
Ini ekoran pendedahan oleh Presiden
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas pada 15 Januari
lalu.
Isu Melayu Johor yang paling miskin
ini didedahkan oleh Abdul Razak Ismail, penyelaras PKR Parlimen
Pasir Salak dalam satu program ceramah yang diadakan di Kampung Tersusun
Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak Jumaat lalu.
Turun hadir dalam program tersebut
ialah Osman Abdul Rahman, Ketua Cabang PKR Pasir Salak yang juga merupakan
penyelaras DUN Sungai Manik.
Pendedahan oleh Syed Ali tersebut
begitu memeranjatkan banyak pihak kerana selama ini kita diberi gambaran dan
tanggapan salah oleh media arus perdana dan eletronik serta pemimpin-pemimpin
Umno bahawa orang Melayu di Kelantan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang
diterajui oleh PAS kononnya yang paling miskin di Malaysia.
Jadi jelaslah walaupun Johor
merupakan negeri yang dikuasai oleh Umno/BN sejak 55 tahun yang lalu dan
merupakan negeri pengasas UmnonAllahyarham Datuk Onn Jaafar sendiri
tapi hakikatnya nasib orangnMelayu di negeri tersebut terus diabaikan.
Insiden terkini sekurang-kurangnya
sembilan cawangan Umno di kampung-kampung setinggan majoriti didiami orang
Melayu di kawasan Parlimen Pasir Gudang yang menutup bilik gerakan
masing-masing menunjukkkan bahawa kepimpinan
akar umbi Umno mula hilang kepercayaan terhadap ‘Janji- Janji Yang Tidak Ditepati’ pemimpin-pemimpin Umno di negeri tersebut dalam memperjuangkan nasib mereka.
akar umbi Umno mula hilang kepercayaan terhadap ‘Janji- Janji Yang Tidak Ditepati’ pemimpin-pemimpin Umno di negeri tersebut dalam memperjuangkan nasib mereka.
Retrik pemimpin Umno
Jadi kesimpulannya ujar Razak lagi,
retorik pemimpin Umno yang mengatakan bahawa parti Umno sahajalah yang
merupakan wadah bagi memperjuangkan nasib orang-orang Melayu adalah tidak benar
dan jauh menyimpang dari matlamat asal perjuangan parti tersebut.
Ujar Razak lagi perkara yang sama
juga berlaku di parlimen Pasir Salak di mana pemimpin Umno setempat menjanjikan
pelbagai bantuan dana kewangan dan sebagainya sebagai ‘umpan’ menjelang PRU
tetapi hakikatnya nasib orang Melayu setempat masih di takuk lama.
Razak juga membidas tindakan
pengurusan Felcra kerana menyumbang RM100,000 kepada Badan Kebajikan Isteri
Menteri-Menteri (Bakti) sedangkan ramai anak-anak kepada pesawah padi di Tanah
Rancangan Felcra Seberang Perak memerlukan bantuan dan perbelanjaan di awal
tahun kemasukan persekolahan.
Cek sumbangan disampaikan oleh Datuk
Tajuddin Abdul Rahman, Pengerusi Felcra (yang juga ahli parlimen BN Pasir
salak) dan diterima oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hampir 100 peratus pesawah padi
berjumlah 5,000 keluarga yang mengusahakan sawah padi di Felcra Seberang
Perak merupakan orang Melayu yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan.
Mereka berhadapan dengan harga benih
padi, baja dan racun serta sewa jentera yang semakin meningkat sejak
kebelakangan ini Kejatuhan harga kelapa sawit sejak 6 bulan kebelakangan ini
tambah membebankan kewangan mereka. - FMT