Tuesday 8 January 2013

Chua: PR akan tawan Putrajaya


Chua: PR akan tawan Putrajaya
Cerita oleh Willham Siau

 Chua (duduk tengah) bersama (duduk dari kiri) Mohd Khuzzan, Tan Yen Ming, Steven Choong, Dr. Ahmad Faidhi, Hassan Karim, Syed Hamid Ali, Saadon, Willham Siau dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor ucap Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat.

JOHOR BARU (Jan 6, 2013): Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Pengerusi Negeri PKR Johor Chua Jui Meng mengadakan satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor pagi tadi untuk meneliti jentera pilihan raya PKR Johor bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).
Menurut Chua, berdasarkan maklumat yang sedia ada, Pakatan Rakyat akan memenangi cukup kerusi Parlimen, dan tawan Putrajaya.
Pemimpin PKR Johor yang turut hadir termasuk: Timbalan Setiausaha Agung merangkap Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri, Steven Choong, Ahli Majlis Pimpinan Pusat merangkap Ketua Penerangan Negeri, Syed Hamid Ali, Timbalan Pengerusi Negeri, Dr. Ahmad Faidhi Saidi, 3 orang Naib Pengerusi Negeri: Hassan Abdul Karim, Liew Voon Chew, Selva Kumaran, Bendahari Negeri, Tan Poh Lai, Pengarah Strategi Negeri, Saadon Abdullah, Pengarah Biro Guaman Negeri, Jimmy Puah, Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Negeri, Tan Yen Ming, Setiausaha Pengelola Negeri, Zabidie Abas, Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar, Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri, Willham Siau, Setiausaha Kerja Negeri, Yuneswaran Ramaraj, dll.


Steven Choong pula menyeru kepada para pengundi supaya keluar mengundi awal untuk mengelakkan kecurangan pilihan raya.
Menurut Steven Choong, kalau kadar pengundi keluar mengundi boleh sampai 90%, dan pengundi yang bekerja di luar bandar boleh balik mengundi, ia akan mengurangkan kesan kecurangan pilihan raya.

 “Steven Choong: Ini kalilah mesti undi”
 “Bagi rakyat Malaysia, ini kalilah pilihan raya yang tidak boleh diabaikan, dan undi setiap pengundi akan menentukan masa depan kita dan cucu cicit kita,” kata Steven Choong.
PKR juga merasmikan Pusat Media PKR Johor di Bandar Baru UDA yang akan digunakan sebagai tempat rasmi untuk semua sidang media yang akan diadakan pada masa depan.
Akhirnya, Chua bersama pemimpin PKR Johor mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat.