Anwar: Manifesto lebih penting banding isu calon PM
JAMILAH
HAMZAH
26 Februari 2013
26 Februari 2013
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya semalam. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
PETALING JAYA - Isu siapa calon
perdana menteri tidak menjadi masalah besar kepada Pakatan Rakyat (PR), kata
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Beliau berkata demikian apabila
ditanya mengenai calon perdana menteri PR yang masih "dirahsiakan"
daripada pengetahuan umum semasa pembentangan manifesto semalam.
Menurutnya, semua orang memberi perhatian mengenai isu ini termasuk Barisan Nasional (BN) dan begitu juga PR.
Namun beliau berkata, bagi PR isu perdana menteri tidak menjadi masalah kerana apa yang penting adalah manifesto yang dikemukakan kepada rakyat semalam adalah lebih baik daripada kerajaan BN.
"... isu itu tidak menjadi masalah kepada kami. Saya tahu ramai orang mengambil perhatian isu ini termasuk BN, kita pun ambil perhatian.
"... apa yang lebih penting adalah pembentangan manifesto itu, manifesto yang lebih baik kepada rakyat.
"Jadi saya tak lihat tidak mengumumkan calon perdana menteri sebagai masalah kepada rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.
Semalam, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu juga tidak mendedahkan siapa sebenarnya calon perdana menteri, namun hanya menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan.
Rahsia itu terus disimpan apabila soalan diacukan kepada setiausaha Agung PKR Datuk Safuddin Nasution Ismail dan sekali gus mengakui calon perdana menteri telah ada.

Bagaimanapun semasa pembentangan
manifesto PR di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam, Setiausaha Agung DAP Lim
Guan Eng berkata, Anwar adalah calon yang layak untuk menjadi perdana menteri
sekiranya PR menang PRU13.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga
Ketua Umum PKR berkata, PR tidak membangkitkan isu perdana menteri kerana
sebelum ini calon menteri besar di beberapa buah negeri pakatan pembangkang
juga tidak diumumkan.
Anwar juga berkata kenyataan
daripada BN yang mempertikaikan kegagalan PR mengumumkan perdana menteri itu
tidak perlu di layan.
"Saya rasa perkara ini tak
perlu dilayan. Dulu di Selangor kita tak umum pun calon menteri besarnya ialah
Tan Sri Khalid Ibrahim, tapi akhirnya beliau yang pegang tampuk pemerintahan di
negeri ini," katanya lagi. – Sinar Harian