Anwar: Sokong PR ke Putrajaya
selesai isu Rapid Pengerang, Lynas
MASTURAH
SURADI
26 Januari 2013
26 Januari 2013
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya
semalam. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
PENGERANG – Isu Pengerang (Rapid)
dan juga Lynas yang dibangkitkan pembangkang selama ini bukan kerana hendak
menang kerusi, sebaliknya adalah untuk menyelesaikan dan membela nasib rakyat,
kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, hanya mengejar kemenangan kerusi pilihan raya manakala rakyat pula berada dalam keadaan sengsara, bukan cara betul parti dan pemimpin politik.
Katanya, seperti isu perpindahan kubur dan pampasan bagi penduduk yang terlibat dengan projek Rapid, pihak kerajaan tidak mahu menjawab isu tersebut, sebaliknya mereka sengaja memperbesarkan isu lain.
“Buat apa jadi pemimpin rakyat jika masalah rakyat semua tidak kena. Pasal apa pampasan orang kaya (yang terlibat projek Rapid) lebih tinggi manakala orang miskin dapat rendah. Kenapa penduduk Melayu di kampung tidak dijaga, sebaliknya Melayu yang kaya raya sahaja yang dijaga?
“Malah saya juga hendak tanya ada tak di antara Exco yang akan membenarkan kubur nenek moyang mereka digali semula dan dipindahkan seperti mana penduduk di sini?
“Kita tidak kira bangsa apa sekalipun sama ada Melayu, India, Cina harus belajar menghormati agama orang lain seperti mana yang dilakukan Nabi Muhammad SAW,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam di Dewan Poh Aur Kong di Sungai Rengit malam tadi.
Hadir sama Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng; Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau; Ketua Ranting PKR Sungai Rengit, Hasnul Ahmad.
Menuru Anwar lagi, hanya ada satu cara sahaja yang boleh menyelamatkan penduduk Pengerang daripada terus diperalat iaitu melalui sokongan agar Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya.
“Penduduk Pengerang hanya diperalatkan, oleh sebab itu kita kena faham, saya juga tidak tahu apa nak dibuat dan ubah melainkan kita sama sama menumbangkan Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
“Saya juga merayu kepada semua agar mengundi PR kerana hanya dengan sokongan rakyat yang kuat ia sudah mencukupi untuk kita lihat perubahan yang lebih baik selepas ini,” katanya lagi.
Ketika mengulas mengenai isu kalimah ALLAH, Anwar berkata, baru kali ini beliau melihat BN dan Umno benar benar mempertahankan perkataan suci tersebut yang kini menjadi menjadi isu hangat.

Bagaimanapun dalam masa sama beliau
percaya sebaik sahaja PRU13 diadakan, mereka (BN dan Umno) tidak akan
pertahankannya lagi. – Sinar Harian