PR janji selesai isu tanah
SITI NOOR
SEPEE
14 Februari 2013
14 Februari 2013
Barisan Panel Forum Isu Tanah Johor di Pasir Gudang, kelmarin
PASIR GUDANG – Pakatan Rakyat (PR)
akan menubuhkan jawatan kuasa khas bagi menyelesaikan isu berkaitan tanah
sekiranya diberikan mandat untuk mengambil alih pemerintahan negeri pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Biro Guaman PKR, Jimmy Puah berkata, jawatan kuasa berkenaan ditubuhkan bagi mewujudkan garis panduan berkaitan isu pengambilan tanah dan masalah penempatan semula penduduk termasuk setinggan.
Katanya, jawatan kuasa itu juga akan berfungsi menyelesaikan masalah kelewatan pemberian geran tanah seperti yang berlaku di Pasir Gudang yang membabitkan 10 perkampungan dan beberapa penempatan lain di seluruh negeri.
“Kita memohon kepada rakyat beri peluang untuk PR memerintah.
Dalam tempoh itu kita juga yakin dapat menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan tanah.
“Melalui penubuhan jawatan kuasa khas itu, kita percaya kecekapan mengurus tanah mampu dipertingkatkan, kita juga akan menyelesaikan masalah geran membabitkan hak milik tanah penduduk secepat mungkin sekiranya berjaya menawan Nusajaya,”katanya pada Forum Isu Tanah di Johor di sini, kelmarin.
Hadir sama, Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam ucapannya, Jimmy turut memuji sistem Gross Development Value (GDV) yang diamalkan di Selangor yang mampu meningkatkan hasil Kerajaan Negeri yang berjaya dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat.
Sementara itu, Naib Pengerusi PKR negeri, Hassan Karim berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan isu pengambilan tanah seperti yang berlaku di Pengerang, Kota Tinggi.
“Kerajaan Negeri menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 (Disemak pada tahun 1985) untuk mengambil tanah di Pengerang. Ini sebenarnya mengancam hak pemilik tanah khususnya rakyat biasa yang mempunyai tanah yang sedikit.
“Nilai pampasan bagi tanah yang diambil berdasarkan nilai tanah pertanian yang rendah harganya,”katanya. – Sinar Harian